L=wAk!

NYANYUK+
Ada 3 org wanita yang sudah lanjut usia bercerita ttg penyakit lupa.



Wanita1:Ehh korang nak tau tak???Aku ni kan pelupa sangat tau.Ada kah pernah satu hari tu aku boleh      terlupe kat mana tuala aku simpan padahal kat bahu aku jerk.Siap aku berleter ngan anak2 sangkakan dorang sembunyikan tuala tersebut.


Wanita2:Ahhh itu x cukup terok lagi,...aku ni lagilah teruk hari tu aku berada kat tangga rumah,...boleh2 aku terlupa nak naik ker nak turun tangga,....tak gila aku....


Wanita3:Ahahahahahahahaha..teroklah korang ni(ketawa berdekah2 sambil mengetuk atas meja kerana terlalu gelihati dengar cerita dorang).Hahahahahahaha.Ehhhh.......,korang dengar tak sesuatu????

Wanita1 dan wanita2:Tidakkk?????(mengeleng kepala)


Wanita3:Korang tak dengar ke ada org ketuk-ketuk pintu???


Wanita1 dan wanita2:#@$$%#$#%# 


rupe2nye wanita3 itu terlupe yg dia masih lagi mengetuk2 meja dan menyangka pintu rumahnya diketuk org~~~~...huahuahuahua...





kisah murid dan Gurunya
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)                                                                                                                                                                                                                                    




 BASIKAL VS LEMBOOO



Seorang jurujual sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah basikal yang dijualnya.


Si petani menolak kerana tidak mahu membeli basikal. Akan tetapi jurujual nampaknya tidak mudah menyerah.


Petani: Daripada membeli basikal, lebih baik aku habiskan duitku untuk pelihara lembu.


Jurujual: Ah, tapi cuba pikir pakcik... Pakcik akan kelihatan terlalu bodoh jika pakcik pergi ke pekan dengan menunggang seekor lembu.


Petani: Huhh!! Adakah tidak lebih bodoh jika orang melihatku memerah susu seekor basikal!





DISKAUN HUKUMAN MAHKAMAH



Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"



KENAPA TAK UNTUNG????

Ini adalah kejadian yang benar-benar berlaku kat Daerah Bentong. Tokey kedai tersebut sering mengadu kepadaku. Katanya, sejak mengambil alih bisnes daripada datuknya, dia sering tertanya-tanya mengapa bisnesnya itu tidak pernah mendatangkan keuntungan kepadanya.

"Untun tadak, tapi wugi slalu woo..." Begitulah keluhan Tokey tersebut dalam pelat Cinanya.

Dah banyak bomoh dia berjumpa (jumpa jer la, berubat tak) Siam, Indon termasuklah Congo. Namun kedainya, tidak juga memperolehi laba seperti yang diharapkan.

Tapi selepas aku tengok keadaan kedainya atoknya itu, aku sendiri berkata;

"Ermm.... patutlah tak untung untung.. "
patutlah tak untung untung..
patutlah tak untung untung..
patutlah tak untung untung..
patutlah tak untung untung..
patutlah tak untung untung..
patutlah tak untung untung..
patutlah tak untung untung..
patutlah tak untung untung..

Labels:  0 comments 

Bapak Yang Baik Tapi Hampeh...

Pada suatu hari ada seorang bapak
yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang
memandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakan
rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu
itu, lalu ia bertanya...

Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?

Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...

Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!

Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...

Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!

Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...

Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?

Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...

Ibu: #$%@*&^$...


Orang Gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi. 

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?" 

Orang gila 2 : "Tahu apa?" 

Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!" 

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... " 

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku: 

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya." 

Doktor : "Kenapa?" 

Orang
gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang
buat." 

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun." 

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..." 

Doktor : "???"


Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun
berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli
daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk
berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.

Pada
hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu
masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada
dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada
ayam kat dier.

Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil
kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu
buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

Soalannya ialah:

Apakah isteri tu akan buat?



















Fikirlah....




















Fikir.......















Tak tau?


















Dia suruh suami dia cakapla sebab....suami dia tak bisu..
Apa yang korang fikirkan ha?

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru
bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan
mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak
habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau
memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu
B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku
syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak
perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park
kereta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase
sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak.
Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah
aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...."


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai...

Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,

"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.


"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...


 

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..
Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!
Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada
di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada
soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan
"A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar
lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah
saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya
berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that
means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' &
if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan
oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


............................................................................

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan
pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe


KACANG

Abu
sudah bertunang ngan Siti. Siti ni gadis yang paling ngetop kat Kampung
Tiang Satu. Satu hari, Abu mengidam untuk berjumpa nenek Siti.Macam
orang mengandung pulak Abu ni.Abu pun menyatakan hajatnya kepada Siti.
Esoknya, Siti membawa Abu berjumpa ngan neneknya.

Sambil duduk
menunggu, Abu tanpa dipelawa dan dijemput mengunyah kacang sampai habis
semangkuk. Nenek Siti pun keluar lalu Abu bersalaman dengan sopan dan
santunnya sambil berkata,

Abu : Maaflah nek, abis semangkuk kacang tu saya makan tadi.

Nenek Siti dengan sportingnya berkata,
Nenek
Siti : Takpe, Siti memang suka bawakan coklat kacang. Gigi nenek dah
takde jadi nenek isap je la coklatnya, kacangnya nenek tinggalkan kat
mangkuk tu.

Seraya itu Abu muntah dan terus pengsan.

Harta Warisan

Andi adalah seorang anak
yang baru saja mendapatkan harta warisan wang tunai berjuta-juta
ringgit setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia berasa susah hati dan
risau bagaimana caranya untuk menyimpan harta dan wang tersebut.
Disimpan di Bank nanti takut Bank muflis. Disimpan dibawah katill nanti
takut diambil pencuri. Setelah berpikir cukup lama, akhirnya Andi
mendapat idea, ia bercadang hendak menanam wang itu dibelakang
rumahnya, Setelah selesai menanam wang tadi Andi telah memasang papan
peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!".
Tanpa Diketahui Andi kawannya yang bernama Ucop telah melihat apa yang
dilakukan Andi dari mula sehingga sehelai. Setelah lewat tengah malam,
Ucop pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia
mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Ucop pun
mengganti tulisan yang ditulis Andi dengan tulisan yang sangat besar
"BUKAN UCOP YANG AMBIL!". huhuhuhu....

Catat Ulasan