Sabtu

Ramadhan untuk Menghidupkan Hati


Ramadhan untuk Menghidupkan Hati


Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum.
Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur saja di siangnya.
Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang kemudian ngobrol dan relax-relax yang banyak.


TEMAN SEJATI

"Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Ciri-ciri Teman Sejati Menurut Rasulullah SAW



1. Hendaklah bersahabat dengan orang yang beriman dan bertaqwa. 
Sabda Baginda bermaksud:
”Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).
2. Hindari berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya 
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Jauhilah kawan yang buruk akhlak dan perangainya, kamu akan dikenali sepertinya.
Sabda Baginda lagi:
”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).